LATAR BELAKANG

PLATFORM BANDAR PINTAR NEGARA

MATLAMAT NSCP


Platform Bandar Pintar Negara sebagai jaringan perkongsian maklumat dan data bandar pintar dengan Pihak Berkuasa Tempatan bagi menangani isu-isu perbandaran

OBJEKTIF NSCP


1 Memudahkan perkongsian data maklumat perbandaran secara atas talian dalam masa sebenar (real time) melalui sumber platform yang berbeza bagi mewujudkan data raya bandar pintar Negara.

2 Membantu menganalisis data maklumat daripada pelbagai sumber yang berbeza bagi membuat keputusan berasaskan data (data driven decision making) dengan lebih cekap berkaitan pembangunan dan pengurusan bandar.

3 Memantau dan mengukur pelaksanaan serta pencapaian bandar-bandar di Malaysia dalam pelaksanaan inisiatif bandar pintar (selaras dengan ISO 37122) agar setaraf dengan bandar-bandar di peringkat Antarabangsa.

4 Menyokong perancangan dan pelaksanaan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia 2019-2025 yang telah mengenalpasti Dasar, Strategik dan Inisiatif bagi memenuhi hala tuju Negara untuk menjadikan bandar-bandar di Malaysia lebih berdaya saing serta pelaporan kepada Majlis Bandar Pintar Negara.

5 Memantau pelaksanaan bandar pintar melibatkan 155 PBT melalui dashboard profiling Bandar Pintar Malaysia sebagai panduan kepada pihak Kementerian di dalam merancang dan memantau pelaksanaan projek/inisiatif bandar pintar di Malaysia secara lebih sistematik.

FUNGSI NSCP

Profil Bandar Pintar Negara

Platform Integrasi Bandar Pintar PBT

Analitik Data Raya Bandar Pintar

Repository Penarafan Bandar Pintar

PIHAK BERKUASA TEMPATAN PERINTIS BANDAR PINTAR

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Perbadanan Putrajaya

Majlis Bandaraya Johor Bharu

Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Majlis Perbandaran Kulim