MUO

 

Soalan Lazim

 

Apa itu Malaysia Urban Observatory (MUO) ?

Malaysia Urban Observatory (MUO) menjadi satu platform analitik data raya yang mengaplikasikan sistem maklumat pintar bersepadu (Integrated Smart Information System) bagi menyokong pembangunan bandar mampan. MUO merupakan rangka asas bagi membangunkan rangkaian perkongsian maklumat perbandaran dan Platform Bandar Pintar Negara.

    Mencapai matlamat pembangunan bandar secara global melalui perbandingan dengan pencapaian bandar-bandar lain di dunia.

    Menilai trend perbandaran di Malaysia secara komprehensif dan meningkatkan pemantauan indikator pembangunan bandar mampan.

    Membolehkan keputusan perancangan yang lebih tepat dan mudah dengan adanya platform bagi analisis untuk menangani isu bandar yang semakin kompleks.

    Hasil akhir analisis akan menjadi signifikan sebagai input untuk merangka strategi pembangunan sesebuah bandar.

    Pengurusan dan perkongsian data dan maklumat semasa menjadi lebih efisien.

Sistem MUO sebagai platform data raya analitik perancangan spatial melalui jaringan perkongsian maklumat pintar bersepadu.

Pengguna dapat memahami dan membuat perkongsian data-data yang sedia ada di dalam sistem MUO.

Terdapat 8 modul yang terdapat di dalam sistem MUO iaitu :

1. Pemantauan dan Pelaporan Perbandaran Mampan

2. Geohub

3. Dashboard Urban Observatory

4. Penyelidikan dan Pembangunan

5. Sokongan Membuat Keputusan

6. Maklumat Bandar

7. Bandar Pintar Negara

8. Aplikasi Mudah alih

Modul yang terlibat adalah modul Maklumat Bandar dan Modul Penyelidikan dan Pembangunan

Rakan Kolaborasi terdiri daripada Rakan Strategik dan Rakan Pintar. Rakan Strategik merupakan pihak berkepentingan utama yang mempunyai kepakaran kesediaan infrastruktur digital dan perkakasan serta platform perkongsian data terbuka dalam menyokong pembangunan MUO. Manakala Rakan Pintar merupakan pihak berkepentingan yang membekal dan menggunakan data melalui platform MUO.

    Rakan Strategik melibatkan :

  • Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

  • Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

  • Pusat Geospatial Negara (PGN)

    Rakan Pintar pula melibatkan :

  • Agensi Kerajaan Persekutuan

  • Agensi Kerajaan Negeri

  • Pihak Berkuasa Tempatan(PBT)

  • Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

  • Institusi Penyelidikan

  • Syarikat Swasta

Tidak. Pengguna awam perlu mendaftar sebagai pengguna berdaftar di dalam sistem MUO.

Tempoh pengaktifan akaun adalah dalam masa 5 hari dan notifikasi status pendaftaran adalah melalui emel oleh Pentadbir Sistem.