MUO

MENGENAI MUO

MENGENAI MUO

MENGENAI NSCP

APA ITU MUO?

Malaysia Urban Observatory (MUO) merupakan satu sistem pemantauan perbandaran di peringkat nasional yang mengintegrasikan pelbagai platform data raya bagi menjalankan fungsi data analitik agar sistem pengurusan data bandar lebih komprehensif, inklusif dan berkesan bagi mencapai pembangunan mampan untuk kesejahteraan masyarakat.


MATLAMAT MUO

Platform data raya analitik perancangan spatial melalui jaringan perkongsian maklumat pintar bersepadu


OBJEKTIF MUO

  • Membangunkan sebuah sistem yang inovatif dan berupaya mengumpul, menjana dan menganalisis data raya bandar secara automatik

  • Membangunkan pusat data dan maklumat perancangan bandar dan luar bandar dari pelbagai sumber berasaskan teknologi data raya

  • Pemantauan kemampanan berasaskan pencapaian pelaksanaan agenda kemampanan negara dan antarabangsa

  • Memberi tumpuan kepada pelaksanaan penyelesaian teknologi inovatif melalui geo-analitik yang bersesuaian

  • Membangunkan satu rangkaian pertukaran maklumat dan peningkatan keupayaan (Capacity Building)

  • Membangunkan Platform Bandar Pintar Negara


FUNGSI MUO

  • Platform data raya bandar yang komprehensif dan holistik

  • Pemantauan dan pelaksanaan agenda kemampanan

  • Pengurusan bandar yang efektif

  • Platform Bandar Pintar Negara

  • Penyelesaian Sistematik (Evidence-Based Planning)


RAKAN KOLABORASI

  • Rakan Strategik

  • Pihak berkepentingan utama yang mempunyai kepakaran kesediaan infrastruktur digital dan perkakasan serta platform perkongsian data terbuka dalam menyokong pembangunan MUO

  • Rakan Pintar

  • Pihak berkepentingan yang membekal dan menggunakan data melalui platform MUO

PLATFORM BANDAR PINTAR NEGARA (NATIONAL SMART CITY PLATFORM)

Platform Bandar Pintar Negara merupakan sebuah platform bersepadu di peringkat nasional yang mengintegrasikan data bandar pintar dan maklumat perbandaran untuk mewujudkan data raya bandar pintar. Platform ini dapat membantu melaksanakan analitik data raya (big data analytic) untuk proses membuat keputusan yang lebih efektif.


MATLAMAT PLATFORM BANDAR PINTAR NEGARA

Platform Bandar Pintar Negara sebagai jaringan perkongsian maklumat dan data bandar pintar dengan Pihak Berkuasa Tempatan bagi menangani isu-isu perbandaran


OBJEKTIF PLATFORM BANDAR PINTAR NEGARA

  • Memudahkan perkongsian data / maklumat perbandaran secara atas talian dalam masa sebenar (real time) melalui sumber / platform yang berbeza bagi mewujudkan data raya bandar pintar Negara.

  • Membantu menganalisis data / maklumat daripada pelbagai sumber yang berbeza bagi membuat keputusan berasaskan data (data driven decision making) dengan lebih cekap berkaitan pembangunan dan pengurusan bandar.

  • Memantau dan mengukur pelaksanaan serta pencapaian bandar-bandar di Malaysia dalam pelaksanaan inisiatif bandar pintar (selaras dengan ISO 37122) agar setaraf dengan bandar-bandar di peringkat Antarabangsa.

  • Menyokong perancangan dan pelaksanaan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia 2019-2025 yang telah mengenalpasti Dasar, Strategik dan Inisiatif bagi memenuhi hala tuju Negara untuk menjadikan bandar-bandar di Malaysia lebih berdaya saing serta pelaporan kepada Majlis Bandar Pintar Negara.

  • Memantau pelaksanaan bandar pintar melibatkan 155 PBT melalui dashboard profiling Bandar Pintar Malaysia sebagai panduan kepada pihak Kementerian di dalam merancang dan memantau pelaksanaan projek/inisiatif bandar pintar di Malaysia secara lebih sistematik.


FUNGSI PLATFORM BANDAR PINTAR NEGARA

  • Dashboard Profiling Bandar Pintar Malaysia

  • Data Bandar Pintar Pihak Berkuasa Tempatan(PBT)

  • Analitik Bandar Pintar

  • Repository Penarafan Bandar Pintar


KOMPONEN BANDAR PINTAR NEGARA

    Terdapat tujuh komponen Bandar Pintar iaitu:

SMART GOVERNMENT
SMART ECONOMY
SMART LIVING
SMART PEOPLE
SMART MOBILITY
SMART ENVIRONMENT
SMART DIGITAL INFRASTRUCTURE

PIHAK BERKUASA TEMPATAN PERINTIS (6 PBT)

Perbadanan Putrajaya (PPj)
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL
Majlis Bandaraya Johor Bahru
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Majlis Perbandaran Kulim